NAMA: FRISKALIN MANSHIL
NO MATRIK:201405063
SUBJEK: INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY DEVELOPMENT IN EARLY CHILDHOOD
KOD SUBJEK: KID 530
BIDANG PENGAJIAN:DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
CITA-CITA:GURU
PENGENALAN
Perkataan komputer ini berasal dari
bahasa Latin iaitu “computare” yang
bermaksud menghitung. Menurut Robert H. Blissmer (1995), komputer adalah suatu
alat elektronik yang mampu melakukan
beberapa tugas dengan sekaligus seperti menerima input,memproses input,menyimpan
perintah-perintah dan menyediakan output dalam bentuk maklumat. Menurut
Mohktar (2002) komputer merupakan sebuah alat yang boleh memindah,
memproses dan memanipulasikan maklumat sesuatu data secara serentak dan mengikut segala arahan. Namun demikian, menurut beliau komputer tidak dapat memahami data yang diproses. Charles Babbage( 1791-1871 ) yang dikenali sebagai
bapa komputer merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan prinsip awal komputer digital yang menggunakan program. Profesor
Babbage,seorang ahli matematik telah membuat satu mesin yang boleh mengira serta menyimpan program
serta dapat mencetak maklumat. Mesin tersebut disebut sebagai mesin
Diferensial. Mesin Diferensial merupakan mesin yang dicipta pada genarasi
pertama dan mesin itu dimajukan sehingga ke hari ini.
Rajah 1. Komputer dari genarasi
pertama sehingga kelima.
Komputer mula digunakan di
Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga Letrik Negara
menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga
akaun syarikat. Namun komputer tidak mendapat sambutan baik pada ketika itu
kerana kos komputer yang tinggi dan kekurangan tenaga
mahir dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Pembangunan pesat negara sejak tahun 60an bukan saja membawa kehidupan yang lebih moden tetapi juga turut menyumbang kepada kesedaran tentang kepentingan komputer dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran ini telah membawa perubahan positif yang agak
ketara. Komputer bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan dan
swasta tetapi juga individu dalam semua bidang. Masyarakat Malaysia kini merupakan pengguna komputer keempat terbesar di Asia. Perubahan paling ketara berlaku dalam sistem
pendidikan di Malaysia di mana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperluaskan teknologi ini sehingga peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer
dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak memang tepat pada masanya kerana ia memberi banyak faedah kepada semua pihak terutamanya guru
dan kanak-kanak.
KELEBIHAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI TADIKA
1.Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam kelas.
Penggunaan komputer dalam kelas akan mewujudkan suasana yang amat
menyeronokkan kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, multimedia yang terdapat dalam komputer dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Penggunaan video, animasi serta gambar bukan sahaja dapat menarik
pehatian kanak-kanak tetapi juga akan melibatkan mereka secara aktif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan komputer terbukti merangsang sifat ingin tahu kanak-kanak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Bergen (2001) guru boleh menggunakan
‘freeware’ yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak untuk melengkapi
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah dan menjadikan
pengalaman belajar kanak-kanak prasekolah lebih seronok dan bermakna.
2. Meningkatkan kreativiti,imaginasi dan sifat ingin tahu kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak di tadika belajar menggunakan komputer di dalam kelas, kreativiti dan imaginasi mereka dipertingkatkan secara tidak langsung. Hal ini kerana,
penggunaan komputer menarik minat kanak-kanak untuk belajar lebih mendalam lagi
tentang sesuatu topik yang diajar oleh guru. Contohnya, guru mengajar mata
pelajaran sains yang berkaitan dengan hidupan liar dengan menggunakan komputer.
Berdasarkan topik yang diajar, kanak-kanak akan terdorong untuk
mengetahui lebih mendalam tentang tentang hidupan liar. Hal ini kerana,
kreativiti ,imaginasi dan sifat ingin tahu kanak-kanak teransang apabila guru
menggunakan video dan animasi komputer sebagai bahan bantu mengajar.
3.Memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Komputer yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran akan
memudahkan guru mengajar. Hal ini kerana, dengan adanya komputer guru dapat
mengajar dengan mudah, ringkas dan padat. Contohnya, guru cuma perlu
menunjukkan video, gambar atau animasi tentang sesuatu topik kepada murid sebagai bahan bantu mengajar dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Video, powerpoint, visual atau animasi yang digunakan oleh guru bukan sahaja dapat mengekalkan perhatian dan minat kanak-kanak terhadap topik yang diajar malah juga membantu guru menjelaskan dengan mudah tentang topik yang diajar. Guru juga mudah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik pembelajaran dengan adanya penggunaan komputer dalam kelas. Contohnya, apabila guru memerlukan maklumat
tentang sesuatu topik dengan kadar segera, guru hanya perlu mencari maklumat tersebut dari laman web yang berkaitan. Maklumat tersebut diperolehi dengan cepat
dan efisen tanpa meluangkan masa yang lama. Perkara ini disokong oleh Zarina Abd Malek, (2004) yang menyatakan bahawa
teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran
pembelajaran.
4. Menarik minat kanak-kanak.
Setiap media yang digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
menarik minat kanak-kanak terutamanya penggunaan komputer. Hal ini kerana, gambaran dan
persembahan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas akan
kelihatan lebih jelas dan menarik. Contohnya, guru dapat menggunakan
video atau visual semasa mengajar tentang makanan yang seimbang kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak akan tertarik dengan video atau visual yang digunakan di mana ini memberi pemahaman yang lebih jelas kepada mereka. Perkara ini terbukti oleh satu kajian (Kosmo Online, April 14, 2010) yang berjaya membuktikan bahawa penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan pembelajaran interaktif,
lebih berkesan, merangsang minda dan menarik minat kanak-kanak.
5. Kanak-kanak mudah ingat dan faham.
Apabila guru menggunakan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak mudah ingat dan faham tentang sesuatu topik pembelajaran yang
mereka pelajari. Teknik dan cara penyampaian menggunakan komputer dalam kalangan
kanak-kanak adalah lebih ringkas dan mudah difahami.Contohnya, kanak-kanak akan
lebih mudah faham topik yang diajar oleh guru dengan menggunakan komputer
berbanding dari guru hanya menggunakan buku untuk mengajar kerana komputer dapat memberi penjelasan visual yang lebih mudah dan jelas. Menurut Siti
Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif, (2002) Teori Kognitif menyatakan bahawa pembelajaran menjadi lebih
mudah melalui pengamatan dan pengecaman objek-objek (visual, bunyi dan
lain-lain) , berbanding
pembelajaran cara lama yang bergantung kepada pembacaan bahan bertulis
semata-mata seperti buku amnya.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, komputer memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam sistem pendidikan di negara termasuk dalam pendidikan awal kanak-kanak seperti taska,
tadika ataupun prasekolah. Perkara ini disokong oleh (Haugland & Wright,
1997) yang menyatakan
bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ( PdP) kanak-kanak. Dengan wujudnya komputer ataupun multimedia
dalam sistem pembelajaran, ini dapat membantu murid untuk lebih mudah memahami
dan mengingat setiap perkara yang diajar oleh guru mereka di samping dapat
menarik minat mereka untuk terus mengikuti proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, apabila guru
menggunakan teknologi seperti komputer akan dapat meransang kreativiti,
imaginasi dan sifat igin tahu kanak-kanak dengan lebih lagi. Seterusnya, akan memudahkan guru mengajar
kerana maklumat akan dapat diperoleh dengan cepat dan efisen serta bahan
pembelajaran mudah disediakan.
Selain itu, murid akan tertarik dengan dengan
powerpoint, flash, video dan visual yang ditunjukkan oleh guru melalui
komputer. Dalam hal ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk belajar
kerana mempunyai suasana sesi pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.
Di samping itu, gambaran dan persembahan yang menarik dapat mendorong
kanak-kanak untuk fokus atau menumpukan perhatian mereka sepenuhnya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan komputer di tadika ini juga
membolehkan kanak-kanak lebih mudah ingat dan faham apa yang mereka pelajari. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru haruslah menggunakan komputer semasa mengajar agar dapat mempelbagaikan pengalaman belajar kanak-kanak. Dalam masa yang sama, akan dapat membantu perkembangan kanak-kanak sehingga dapat melahirkan generasi yang berkualiti serta serba boleh.
Sekian,
Terima kasih.